Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Program TUBE menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan.

 

Fasa Pertama

  • Peserta yang layak akan mengikuti latihan fizikal asas ala ketenteraan berkonsepkan bootcamp untuk menguji kecekalan minda, mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan serta semangat kerja berpasukan. Ini sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa menjalankan perniagaan.

Fasa Kedua

  • Peserta akan didedahkan dengan lanskap perniagaan terkini; termasuk maklumat mengenai jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi untuk memulakan perniagaan. Peserta juga akan mempelajari pelbagai acumen perniagaan termasuk perakaunan asas, pemasaran produk dan perkhidmatan, serta pembentangan idea dan Rancangan Perniagaan atau business plan.

Fasa Ketiga

  • Peserta yang melepasi Fasa 1 dan Fasa 2 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa di Fasa 2. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau menerusi Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia. Tempoh bimbingan dan pemantauan ini yang mengambil masa selama 12 bulan bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi, supaya perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan.
Program TUBE

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera - TUBE

Objektif utama Program TUBE:

  • Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia.
  • Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta
  • Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri.
Kepada belia yang terpilih untuk menyertai Program ini, perlulah mengikutinya dengan bersungguh-sungguh, sentiasa cekal dengan setiap cabaran dan rintangan dan memanfaatkan setiap ilmu dan pengetahuan yang bakal dipelajari sepanjang Program untuk memajukan perniagaan. Penyertaaan di dalam Program ini juga diharapkan dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka yang terkesan akibat Covid-19 melalui aktiviti perniagaan dan keusahawanan yang dijalankan.

SME Corp. Malaysia is the national information and advising hub for SMEs. In addition to the SME Hub in Kuala Lumpur, SME Corp. Malaysia has 12 State Offices across the country to assist SMEs and entrepreneurs.